TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PELANCARAN SKIM PERUBATAN MADANI DAN PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 (2024)

Pejabat Perdana Menteri Malaysia > Ucapan > TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PELANCARAN SKIM PERUBATAN MADANI DAN PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

Ucapan

TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PELANCARAN SKIM PERUBATAN MADANI DAN PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 (1)

TEKS UCAPAN

YAB DATO’ SERI ANWAR BIN IBRAHIM

PERDANA MENTERI

SEMPENA

MAJLIS PELANCARAN SKIM PERUBATAN MADANI DAN PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023

1 OKTOBER 2023 (AHAD)

BULATAN SULTAN AZLAN SHAH, MERU

PERAK

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.

Alhamdulillah, Nahmaduhu Wa Nusalli Ala Rasoolilah Kareem.

YAB Dato Seri Saarani Mohamad,

Menteri Besar Perak;

YB Dr Zaliha Mustafa,

Menteri Kesihatan;

Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri Perak;

Menteri-Menteri;

Timbalan-Timbalan Menteri; dan

Rakan-rakan yang saya muliakan.

  1. Alhamdulillah dapat kita sempurnakan majlis ini, saya ucap terima kasih di atas kehadiran yang ramai untuk menjayakan beberapa acara penting Skim Perubatan Madani, Madani Afiat, Farmasi dan juga Sihat Sejahtera Negeri Perak.
  2. Terima kasih banyak khususnya kepada Menteri Kesihatan Dr. Zaleha dan KSU, Ketua Pengarah Kesihatan dan semua jentera dan juga dengan pegawai-pegawai di Kementerian Kesihatan dan Kerajaan Negeri Perak yang membantu melaksanakan majlis ini dan istimewa kerana majlis ini tidak hanya tertumpu di sini tetapi sepertimana yang kita saksikan tadi beberapa pasukan yang turun ke bawah menyantuni rakyat dan ini satu pendekatan yang saya alu-alukan kerana apa dia kaedah dan ikhtiar yang kita buat dalam Kerajaan Perpaduan ini ialah untuk meningkatkan lagi usaha, pendidikan, kesihatan, ekonomi, Rahmah dan lain-lain dalam keadaan keadaan ekonomi yang runcing dengan masalah yang kita terpaksa hadapi kenaikan kos dan juga dengan tekanan iklim dan cuaca yang membimbangkan di beberapa negeri di Malaysia dan juga di seluruh negara.
  1. Dua hari yang lalu saya turut hadir dalam pameran khas yang disebut pasca normal atau post normal time. Apa dia post normal time? Maknanya negara dunia ini sekarang keadaannya sudah tidak normal, umpamanya iklim, apa yang difaham 10 tahun 20 tahun yang lalu itu sudah berubah dengan kencang yang disebut ‘chaos’ dan masalahnya itu kompleks. Disesetengah tempat contohnya, di Pantai Mexico ratusan ribu ikan terlantar kerana air laut terlalu hangat menyebabkan ratusan ribu ikan-ikan terlantar mati kerana tidak mendapat oksigen yang cukup.
  1. Ditempat lain banjir, termasuk New York, yang tidak menyaksikan banjir begitu kencang berlaku beberapa hari yang lalu. Perkara ini berlaku di seluruh dunia, dan keadaan ini disebut ‘chaos’, ‘complex’ kerana masalah terlampau rumit. Kalau dahulu disebut soal penghijrahan dari beberapa negara, orang yang dianggap pelarian, tetapi sekarang melibatkan puluhan negara. Jadi disebut, ‘contradiction’. Chaos, Complex, Contradiction dan semua ini berlaku dengan kadar yang paling cepat dan terlalu pantas.
  1. Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pernah menyebut ‘simultaneity’ istilah berat. Maksudnya simultaneous, iaitu berlaku sekaligus. Bererti dalam mengurus negara dan urus negeri, kena lihat keseluruhan yang berlaku dengan kencang dengan pantas, kompleks dan berlaku simultaneous, sekali harung. Kita tangani banjir, ada tempat yang kemarau, kita tangani masalah kekurangan beras, harga gula naik. Kita cuba tangani satu masalah, m masalah lain pula timbul. India putuskan bulan Ogos yang lalu, harga bawang naik 40% untuk eksport, dari kesannya akan sampai pada kita. Jadi inilah keupayaan kita untuk menyelesaikan sedaya upaya. Saya bagi gambaran yang luas kerana ada kaitannya dengan apa yang kita lakukan hari ini.
  1. Dalam Belanjawan MADANI tahun lalu, peruntukan terbesar dua (2) Kementerian adalah Kementerian Pendidikan dan Kesihatan. Dalam negara kita mesti jamin mutu pendidikan yang baik, untuk Pendidikan tahun ini alhamdulillah, semua tandas sekolah telah dapat diselesaikan pertama kali dalam sejarah kita dapat baiki semua tandas dalam negara.
  1. Dari aspek Kesihatan, Klinik desa contohnya, saya baca laporan Dr Zaliha ke Kelantan, beliau lihat sendiri pada ketika itu ada sembilan (9) sudah dapat disiapkan dan sebahagiannya masih dalam proses dan saya akan tentukan dalam Belanjawan MADANI kedua bulan depan, isu kesihatan, klinik-klinik ini diberi keutamaan termasuk rumah sakit.
  1. Kita lihat umpamanya apabila saya pergi ke Hospital Tuanku Aminah, sesaknya itu luar biasa dan kebanyakan hospital kita sesak. Jadi orang kritik kita, sejak kita jadi Kerajaan, Anwar jadi Perdana Menteri hospital sesak. Isu kesesakan hospital ini sudah bertahun-tahun tetapi kerana tindakan itu tidak pantas dan peruntukan tidak cukup maka sampailah masalah yang begitu rumit untuk diselesaikan. Jadi saya telah pastikan perbincangan dengan Jemaah Menteri dan Kementerian Kewangan, fokus kita juga akan diberikan keutamaan kepada kemudahan Kesihatan.
  1. Tapi ada juga hal yang rakyat sendiri boleh baiki, umpamanya, harga gula di Malaysia ini walaupun sudah mencabar sekarang masih terlalu rendah macam harga minyak terlalu rendah dan bila kita bagi subsidi, orang kaya pun ambil juga macam minyak, harga minyak kita sekarang orang selalu sindir kita, mereka sebut Anwar kata “hari ini menang esok minyak turun”, saudara bila saya sebut perkara itu? Tahun 2008, masa itu harga minyak Arab Saudi 50 sen dan kita jauh lebih tinggi. Hari ini harga minyak Malaysia lebih rendah daripada harga minyak di Arab Saudi. Hendak suruh turun lagi bankrap negara.
  1. Harga minyak Malaysia sekarang lebih rendah daripada harga minyak di Arab Saudi. Tetapi masalahnya untuk rakyat tidak apa, tetapi, orang pakai rolls royce, orang pakai mercedes kereta besar pun dapat subsidi juga. Jadi kita bayar subsidi kerajaan berpuluh bilion ringgit dimanfaatkan oleh semua. Jadi kita kena kaji, bagi pegawai, pekerja-pekerja, yang majoriti tidak apalah tapi yang atas 10% tu tidak payahlah bagi subsidi.
  1. Jadi ini pendekatan yang harus kita gunakan. Caj rawatan di hospital kerajaan contohnya, bayaran sedikit sekali, untuk rakyat yang betul-betul miskin sekarang ini ada yang percuma pun ada. Tetapi yang kaya pun dapat juga rawatan begitu, jadi salahkan kalau kita kekalkan rawatan tetapi kita tingkatkan rawatan dengan lebih baik, tetapi bagi kalangan yang paling kaya di atas kita kenakanlah bayaran yang lebih tinggi. Setuju atau tidak?
  1. Kalau saya cadang orang yang kaya ini gaji dia RM40,000 sebulan, ada yang gaji sejuta ringgit sebulan, Tabung Haji bagi subsidi lagi. Kerana Tabung Haji kata kalau dulu semua pencarum Tabung Haji diberikan subsidi, jadi bila saya dapat laporan saya katanya pendapatannya sejuta jangan subsidi kerajaan lagi ini. Hendak mabrur, bayar sendirilah pergi haji dengan Tabung Haji akan bantu menyelaras dan membantu boleh tapi tidak payah bagi subsidi. Bagi petani, nelayan, pekerja, pegawai kerajaan, polis tentera dapat subsidi ok teruskan. Itulah baru-baru ini Tabung Haji untuk kali pertama tahun ini bagi orang yang kaya sekali tidak diberikan subsidi, dia bayar. Jadi supaya lebihan itu boleh diberikan kepada rakyat.
  1. Macam gula sekarang, gula rendah, penyakit kencing manis, diabetik bertambah. Kuih-kuih makin manis. Jadi, kalau kita umpamanya perkenalkan satu sistem, naik sikit, supaya kita kurang penggunaan gula dan hasil, katalah bila kita naik sikit, kita dapat RM1 bilion lebih ataupun katalah RM500 juta. RM500 juta itu kerajaan jangan ambil bagi kepada projek-projek kesihatan untuk rawatan penyakit diabetes. Jadi ibu kita, bapa kita, saudara mara kita yang ada penyakit kencing manis yang kena buat insulin, itu semua akan dibantu daripada wang ini, itu pendekatan kita.
  1. Tapi saya cuma hendak fikirkan bahawa kaedah subsidi ini dia kadang sampai tidak munasabah. Subsidi di Malaysia ini dianggap paling tinggi di dunia di antaranya, tidak salah kalau tanya saya apakah subsidi boleh diteruskan? Ya, apakah subsidi minyak boleh diteruskan? Ya, tetapi janganlah subsidi kepada berjuta orang asing yang masuk ke Malaysia. Orang Singapura masuk Malaysia pun dapat subsidi minyak, orang Thailand masuk Malaysia pun kenderaan dia subsidi minyak. Orang paling kaya yang ada Mercedes empat lima buah pun kita bayar subsidi minyak. Jadi kita kena susun semula, yang itu yang disebut rasionalisasi subsidi supaya mendapat manfaat kepada yang memerlukan.
  1. Saya terangkan begini kerana kita tidak mahu kadang orang yang tidak dapat fakta dia mencerca tanpa memikir. Saya boleh teruskan, tidak perlu susah, saya hendak senang orang boleh sokong, bagilah subsidi, tambah hutang lagi. Sekarang RM1.5 trilion, tambah lagi RM1.6 trilion, boleh? Boleh. Tetapi apakah itu cara bertanggungjawab. Kita bapa di rumah? umur kita dah 60, anak 5 ada isteri kemudian hutang sudah RM30,000/ RM40,000. Kemudian tambah lagi RM40,000/ RM50,000 esok dia meninggal, tinggal tanggungannya kepada isteri dan anak-anak. Begitulah juga dalam negara, kalau Adam Smith pakar ekonomi dulu yang tulis ‘Wealth of Nations’, dia kata mengurus ekonomi ini macam mengurus rumah tangga. Pendapatan bulanan RM2,000, belanja RM4,000 itu akan menyebabkan keluarga itu sengsara. Itulah sebabnya mengapa saya katakan saya tak mahu tambah hutang. Dulu kita sudah tanggung banyak hutang RM1.5 trillion, tiap tahun kita belanja, lebihan belanja itu maknanya kalau pendapatan RM5,000 belanja lebih itu 5.6%. Tahun ini kita sudah turun 5.3%. Kalau boleh tahun depan 5%.
  1. Kalau tanya sebab apa pelabur datang? Dia tengok dasar ekonomi kita itu lebih meyakinkan, jadi dasar ekonomi kita meyakinkan, maka pelaburan datang. Kalau dalam 2 minggu 3 minggu lagi saya beritahu kepada Menteri Besar, Geely mungkin datang ke Tanjung Malim untuk meneruskan pelaburan RM10 bilion di Tanjung Malim. Tapi dia sudah tangguh banyak tahun, tapi sekarang bila dia tengok kecekapan, keputusan dasar persekutuan dan juga tindakan negeri oleh Menteri Besar, Setiausaha Kerajaan Negeri dan Majlis Perbandaran, menyebabkan dia lebih berminat untuk menambah pelaburan.
  1. Jadi saudara-saudari, berbalik kepada peluncuran Skim Perubatan Madani ini dan juga Madani Afiat, Rasulullah SAW, bila baginda diminta berikan doa yang mustajab yang mencakupi semua keperluan kita, tapi doa yang pendek, maka doa itu aafiyah, Allahumma Inni As Aluka Al-‘Afiyah. boleh hafal tu kan?. Baik, jadi maknanya minta pada Allah bagi dia Aafiyah.
  1. Aafiyah ini maknanya sihat, sejahtera, waras, bahagia. Jadi aafiyah itu disebut oleh orang-orang Melayu dahulu sihat walaafiat. Orang selalu berdoa, mudah-mudahan sihat walaafiat. Sekarang ini anak muda tidak pakai bahasa itu semua, tapi maksud dia kalau ada doa pendek yang ada mencakup keperluan kita sihat dan bahagia dan selesa, waras itu sihat dan Aafiyah. Jadi sebab itu saya ucap terima kasih tentang idea ikhtiar Dr. Zaleha untuk meneruskan dengan Madani Afiat. Apa lagi kita di Tambun, Perak ini dapat pula kesempatan bersama dalam pelancaran program peringkat kebangsaan hari ini.
  1. Ada juga pertanyaan menteri dan KSU kalau boleh umum berapa peruntukan?, saya kata tidak boleh sebab belanjawan kita bulan depan. Jadi tunggu bulan depan. Kalau saya umum semua sekarang orang tidak mahu dengar belanjawan bulan depan. Jadi tunggu 14 Oktober tentang rancangan-rancangan kita termasuk untuk Perak. Perak kerana Kerajaan Negeri kata dia sudah urus dengan baik, maka peruntukan boleh dikurangkan (nada bergurau).
  1. Saya juga hendak ambil kesempatan bahawa pada hari ini juga saya diminta untuk mengingatkan Hari Farmasi Sedunia. Ramai ahli Farmasi di sini dan kakitangan, saya ucap tahniah kepada mereka. Kalau sakit, tidak ada farmasi, ubat tidak ada. Jadi peranan farmasi itu penting dan mereka tidak bagi pula silap ubat, sakit luka tapi diberi ubat batuk, itu tidak boleh. Jadi latihan farmasi itu penting. Sebab itu saya hendak ucap tahniah dan selamat menyambut Hari Farmasi Sedunia kepada seluruh anggota farmasi di Perak dan di seluruh negara, itu dikatakan ‘Santuni Rakyat Kenali Ubat’.
  1. Dan negeri Perak ada beberapa inisiatif yang menarik dan saya ucap tahniah kerana strategi dan pandangan Menteri Besar untuk memperkenalkan beberapa isu dalam bidang pendidikan, pembangunan, termasuk bulan Malaysia Sihat Sejahtera Negeri Perak.

Terima kasih. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh.

1-Oktober-2023-MAJLIS-PELANCARAN-SKIM-PERUBATAN-MADANI-DAN-MADANI-AFIAT.docxDownload

Similar Posts:

  • SUBSIDI BERSASAR : PM ANWAR BERI JAMINAN KEPENTINGAN PIHAK INDUSTRI TURUT DIBERI PERHATIAN
  • COVID-19: MALAYSIA TIDAK DISKRIMINASI PELANCONG ASING, UTAMAKAN KESIHATAN RAKYAT
  • KERAJAAN TIDAK BERCADANG PERKENAL GST, CUKAI KEPENGGUNAAN BERASAS LUAS TANGANI ISU HUTANG NEGARA – PM ANWAR
  • HENTIKAN ANJUR MAJLIS BESAR-BESARAN – PM ANWAR
  • BINCANG SEMULA KADAR GAJI, UPAH PENJAWAT AWAM BILA KEWANGAN NEGARA BERTAMBAH BAIK – PM ANWAR
TEKS UCAPAN YAB PERDANA MENTERI : MAJLIS PELANCARAN SKIM PERUBATAN MADANI DAN PROGRAM MADANI AFIAT PERINGKAT KEBANGSAAN 2023 (2024)
Top Articles
Latest Posts
Article information

Author: Edwin Metz

Last Updated:

Views: 6386

Rating: 4.8 / 5 (58 voted)

Reviews: 89% of readers found this page helpful

Author information

Name: Edwin Metz

Birthday: 1997-04-16

Address: 51593 Leanne Light, Kuphalmouth, DE 50012-5183

Phone: +639107620957

Job: Corporate Banking Technician

Hobby: Reading, scrapbook, role-playing games, Fishing, Fishing, Scuba diving, Beekeeping

Introduction: My name is Edwin Metz, I am a fair, energetic, helpful, brave, outstanding, nice, helpful person who loves writing and wants to share my knowledge and understanding with you.